Isnin, 27 Oktober 2008

Aku ingin dikau berlari meniti usia dihadapanku tapi takdir memisahkan kita

Kelahiranmu adalah anugerah tuhan yang tak ternilai, membesarmu dengan penuh kasih sayang dan harapan .Pergimu tetapku abadi kesepian dalam jiwa yang tersembunyi. Saat air mata ini berguguran bagai mutiara aku masih lagi tabah mengharungi ruang-ruang yang ada.Putera kusayang aku yakin dan pasti kau tetap berada disekilingi ku dalam apa jua saat dan tika. Kudapat rasa kau memberi aku harapan dan harapan agar aku tegar menempuhi hidup ini dengan cita-cita yang kita bina bersama.Cuma pandangan zahir menghalang kita bersua tapi aku pasti kau akan sentiasa bersamaku berterusan kerana kau ada lah sebahagian diriku yang sebenarnya. Tuhan menjemputmu sayang kerana kau adalah Wildan pilihan, syurga sudah pasti untuk mu.
Telah lama kita berpisah 17 julai 2005 ,hanya kenangan bersama masih berlari sepanjang hari di ruang mata ini bagaikan baru semalam ianya berlalu. Adakalanya kerinduan ini membuat aku alpa seolah-olah kau masih berada di sisi.Puteraku kau dicipta sebagai insan mulia, hidup penuh bakti ,pergimu dengan penuh keredhaan. Bersemadinya dikau bersama hatiku bagaikan tiada erti hidup ini lagi buatku

Tiada ulasan: