Rabu, 30 September 2009

Biarku menjadi lilin



Hari ini 1hb Okt 2009 adalah hari lahirku. Tiada yang menarik untuk aku persembahan pada hari lahirku ini ,yang pasti ada garis dimamah usia kedewasaan di wajahku yang ketandusan kasih dan sayang ,mengajar aku seribu pengertian yang aku sendiri tidak pasti di mana noktahnya, hidup ini terlalu jauh kutinggalkan tapi aku masih tersesat dilaluan yang sama, rentetan hidupku yang ditusuk ranjau suka dan duka namun aku tetap bersyukur kerana tuhan masih memberi aku ruang dan peluang untuk aku terus melangkah dan melakar kenangan,biarpun satu persatu insan yang kusayangi pergi meninggalkan aku.
Untuk ibu bapaku yang telah pergi , aku berdoa semoga aman dan sejahtera di alam yang abadi. Untuk putera kesayanganku yang bersemadi, setiap hari ayah masih terbayang impian kita bersama cuma kini terkilan melihat kedewasaanmu yang kini dalam impian tapi ayah pasti abadimu lebih indah dari kenyataan hari ini.Untuk isteriku, aku sendiri tidak tahu di manakah kesudahan hubungan kita yang semakin tidak pasti hujungnya. Untuk anak-anakku hadapilah hidup ini dengan penuh ketabahan kerana impian tak seindah kenyataan .Untuk diriku sendiri SELAMAT HARI LAHIR usia kedewasaan bukan bermakna satu penyerahan untuk tewas. Dan untuk kawan dan sahabatku , kau umpama bintang yang menyinari hidupku….

Catatan jam 12 1hb 0kt 2009

Isnin, 21 September 2009

Penyakit hati


Penyakit hati
1) Nifaq dan riyaâ (menunjuk-nunjuk).
2) Bersangka buruk, mengumpat, menghina, subahat pada yang haram dan ragu-ragu.
3) Hasad dan dendam kesumat.
4) Sombong, bangga diri dan ego.
5) Bohong dan berputus asa.
6) Cinta mendalam kepada selain Allah.
7) Ikut hawa nafsu.
8) Keras hati (kerana tidak duduk dalam majlis ilmu).
9) Takut kepada selain Allah.
10) Belot dan khianat.
11) Suka memaki hamun orang lain.
12) Bergelumang dengan perkara dunia dan menjadikannya sebagai matlamat hidup.
13) Tidak ada perasaan baik kepada orang lain.

Cinta Kita Utk Qalam

Tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di dada Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana,Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang,Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat.Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya,Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi... Kita tetap bertahan kerana campuran antara sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami... menarik kita mendekati dan tetap bersamanya Itulah CINTA.
Kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya Jika demikian, Itu CINTA.
Kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan Jika demikian, Itu CINTA.
Kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat ,Itu CINTA.
Hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih Itu CINTA.
Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia, Itu CINTA.
Matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk, itulah namanya CINTA.
Ramadhan ku

1. Ramadan sepatutnya disambut oleh umat Islam dengan perasaan gembira kerana ia membawa 1001 keberkatan dan fadilat yang tidak terdapat pada bulan lain, tetapi kita menerima kedatangannya seperti menerima kehadiran tamu yang tidak diundang kerana terbayang berbagai kesukaran yang bakal kamu tempuhi untuk memenuhi nafsu kamu
2. kita menyambut Ramadan kononnya, tapi fokus utama kamu ialah hari raya.
3. kita tahu Ramadan bulan penuh keberkatan, tapi terlalu jarang yang sudi merebutnya kerana tidak terasa terpanggil untuk mendapatkannya.
4. Ramadan mendidik seseorang supaya bersimpati terhadap golongan miskin. Tapi kita langsung tidak mempedulikan kesusahan mereka. Malah kita melihat mereka seperti sampah di tepi jalan.
5. kita berpuasa sehari suntuk tanpa meyentuh makanan. Tapi semasa berbuka kita menyendatkan perut kita yang kosong itu dengan anika jenis makanan dan minuman yang jarang kita hidangkan pada bulan-bulan lain. Ibadat puasa bertukar menjadi pesta mengisi perut untuk memenuhi nafsu makan kamu yang haloba.
6. Mengimarahkan masjid dengan pengisian solat terawih dan lain-lain ibadat sunat adalah besar fadilatnya, tapi kita menghabiskan waktu di pasar Ramadan dan gedung membeli belah sehingga larut malam.
7. Sejak awal pagi kita sibuk dengan aktiviti perniagaan dan ianya berterusan hingga ke malam tanpa sempat mengisi dengan aktiviti ibadat. Akhirnya tanpa disedari, Ramadan sampai di penghujung sedangkan kita masih tamak mengejar keuntungan perniagaan yang hanya dapat diraih dalam bulan Ramadan sahaja.
8. Ramadan mendidik jiwa supaya tidak boros dan membazir, tetapi kita berbelanja berlipat kali ganda berbanding dengan bulan-bulan lain, bermula dari perbelanjaan untuk menyedia makanan yang lazat sewaktu berbuka dan bersahur hinggalah kepada persiapan untuk menyambut hari raya.
9. Tujuan syarak mewajibkan berpuasa adalah supaya kita berkungsi pengalaman perit tanpa makan dengan mereka yang hidup melarat akibat kemiskinan atau ditimpa bencana, tapi perasaan tersebut langsung tidak meresap ke dalam jiwa kita. Sebaliknya sikap tamak dan bakhil kita terus menebal sehingga menganggap mereka yang datang meminta sedikit pertolongan dan sumbangan kepada kita, sebagai menyusahkan kita. Jika pun kita menghulur sumbangan, pemberian kita adalah dengan berat hati dan menunjukkan muka yang masam tanda tidak ihklas.
10. Kita mengadakan majlis berbuka puasa di rumah atau di hotel lima bintang dengan juadah yang mewah dan mahal. Tamu undangan kita terdiri dari rakan bertaraf orang kenamaan dan kaya, sedang jiran kita yang daif dan miskin tidak termasuk dalam senarai undangan. Kita sebenarnya melakukan ibadat tersebut dalam keadaan riya’.
11. Kita mengunjungi masjid untuk menunaikan solat terawih berjamaah sebagai menunaikan kegiatan qiyamullail di bulan Ramadan, namun dalam hati sering merungut bacaan imam yang panjang kerana tidak mahu menghabiskan masa yang panjang di masjid rumah Allah.
12. Ramadan melatih kita supaya bersabar, tetapi semasa memandu, tindak tanduk kita ternyata hilang sabar. Tangan kita menekan horn memanjang tanda marah apabila kenderaan lain mengganggu kelancaran kenderaan kita sambil mulut menyumpah-nyumpah.