Isnin, 27 Oktober 2008

Saat kau tercipta

Saat diciptakan wanita , ia sangat istemewa. Diciptakan bahunya cukup kuat untuk menahan seluruh isi dunia tetapi dalam masa yang sama, bahu itu harus cukup lembut untuk disandarkan.
Diberikan wanita kekuatan dari dalam untuk melahirkan anak dari dalam rahimnya walaupun sering kali pula ia menerima cercaan daripada anak-anaknya itu.
Diberikan wanita itu keperkasaan yang akam membuatnya tetap tegar bertahan dan pantang menyerah, saat orang lain sudah putus asa.
Diberikan kepekaan dan kasih saying, untuk mencintai semua anak-anaknya dalam apa jua keadaan walaupun menyakitkan hati dan melukai perasaannya.
Diberikan wanita kekuatan untuk ‘mendukung’ suaminya dalam masa-masa sukar dan menemui kegagalan , kerana tulang rusuk suaminyalah yang melindungi setiap hati dan jantungnya daripada terkoyak!
Diberikan kepadanya kebijaksaan bahawa suami yang baik takkan pernah melukakan isterinya,walaupun adakala menguji kekuatan dan ketetapan hatinya
Untuk sentiasa berada di sisi suaminya tanpa ragu.
Danakhirnya diberikan wanita air mata agar dapat dititiskan untuk mencurah perasaannya agar dapat digunakan bila-bila masa ia ingin!

SaHaBat DaN PeRtEMuAn 2

Sahabat....
tika aku nyatakan bahawa aku kurus.... kau kata sedap dipeluk, tika aku katakan aku tinggi ....kau kata kau telah sediakan tangga untuk memanjatnya ...dan tika aku katakan aku hitam....kau kata kau suka warna kulit hitam.... aku jadi hilang kata-kata tapi aku tidak bermain kata!!!!
Dan tika mentari terlena di ufuk barat kita bertemu di atas muara sungai menatap wajah antara seribu pengertian dengan andaian berlegar di minda bisu..... aku terpegun dengan senyuman lesung pipitmu.....lalui jadilah aku perindu setia walaupun kusedari antara kita tak mungkin bersatu dalam dunia yang fana ini...
Sahabat.....
Mungkinkah hanya aku yang mengerti hakikat diriku ...
atau mungkin kau tidak ingin mengerti!!!!
Aku sedar siapalah aku... walaupun apa andaian yang kau nyatakan...bagi ku kau terlalu istemewa hingga aku tengelam dalam kesepian malam... menganggu lenaku.
Sahabat...
Ketulusan mu membuat aku tak terlena...
kerana mimpi antara kita terlalu asing
kau nyatakan di pertemuan itu.....
aku adalah disebalik gambaran dan disaat itu senyumku tersimpul bagai buih-buih dilaut kerana aku tidak tau setulus manakah ucapan itu....
Sahabat...
Keheningan itu kita pecahkan dengan hilaian kecil kita
seperti sudah berkurun kita bertemu...
kita kelilingi kota itu dengan kemesraan yang tak pasti
dan aku amat tertawan dengan mu sahabat
tapi biarlah ianya berkubur sama kegelapan malam...
kerana esok mungkin ada lagi aku ruang
untuk kita bicarakan
tentang hati dan perasaan kita...
atau mungkin tentang pertemuan di 'mangkuk'
kini aku merinduimu....sahabat !!
tapi aku tidak pasti dalam dunia mana kita berpijak
kerana walau sejuta kalipun aku merinduimu
belum pasti kau akan merinduiku sekali...
Buat seorang sahabat yang ku temui 8 sept 2000 830mlm

SaHaBat DaN PeRtEMuAn 1

Sahabat…
Saat mentari ruku' Assyakirin…
Kita kah itu yang mencipta suatu pertemuan………… dan kita sujud bagaikan seorang ahli Assyakirin yang abid….
Aku terpegun dengan kelembutan wajahmu bagaikan seorang mujahid yang menang di medan perang…..
Aku terpesona dengan ketulusanmu bagaikan pelangi bening di ufuk barat.
Bersama gerimis itu …. Kau melangkah meninggalkan aku bernada bisu
Jadilah aku perindu setia….terdampar bersama gerimis……….
Sayu sendirian…
Sahabat…
Terpukaukah aku dengan senyumanmu…Tergodakah aku sahabat, dengan ketampanan…
Biarlah Assyakirin itu menjadi saksi….
Kerana impianku tak pernah mengatasi ku….. di As syakirin itu aku terlalu kerdil untuk mendakap satu kepastian…….pasrah!!!
Tapi aku masih menaruh harapan!!!
Sahabat…
Sehebat manapun engkau ….Mungkin tersurat bukan untuk ku…
Dunia fana ini kita tak mungkin bersatu…Kerana esok buat mu terlalu banyak perancangan dan…
Esok buat ku sering mengelam….
Sahabat…
Cukuplah seraut wajahmu melenakan impianku untuk mengapai hari esok
Kerana senyumku tak semanis senyumanmu…..mana mungkin kita bersatu
Tapi….
Esok yang datang….
akan ku tunggu lagi pertemuan itu…

Hati Dan Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah `ia' datang.Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang seseorang itu akan menyintai kita kembali.

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find a special person, and hour to appreciate them, but then an entire life to forget them).Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah sesuatu yang membuatkan hati kita tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan ingin menemuinya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia. Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang. Jika kita rasa ianya menyakitkan kita, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik.

Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan pertemuan dan berakhir dengan tangisan.Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kita lah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.

SETIAP YANG BERMULA PASTI AKAN BERAKHIR..

Aku ingin dikau berlari meniti usia dihadapanku tapi takdir memisahkan kita

Kelahiranmu adalah anugerah tuhan yang tak ternilai, membesarmu dengan penuh kasih sayang dan harapan .Pergimu tetapku abadi kesepian dalam jiwa yang tersembunyi. Saat air mata ini berguguran bagai mutiara aku masih lagi tabah mengharungi ruang-ruang yang ada.Putera kusayang aku yakin dan pasti kau tetap berada disekilingi ku dalam apa jua saat dan tika. Kudapat rasa kau memberi aku harapan dan harapan agar aku tegar menempuhi hidup ini dengan cita-cita yang kita bina bersama.Cuma pandangan zahir menghalang kita bersua tapi aku pasti kau akan sentiasa bersamaku berterusan kerana kau ada lah sebahagian diriku yang sebenarnya. Tuhan menjemputmu sayang kerana kau adalah Wildan pilihan, syurga sudah pasti untuk mu.
Telah lama kita berpisah 17 julai 2005 ,hanya kenangan bersama masih berlari sepanjang hari di ruang mata ini bagaikan baru semalam ianya berlalu. Adakalanya kerinduan ini membuat aku alpa seolah-olah kau masih berada di sisi.Puteraku kau dicipta sebagai insan mulia, hidup penuh bakti ,pergimu dengan penuh keredhaan. Bersemadinya dikau bersama hatiku bagaikan tiada erti hidup ini lagi buatku

Ahad, 26 Oktober 2008

titik pertama

913am aku sms En Jahani buat info cuaca

230pm cuaca mula berubah, aku rasa bagaikan ada sedikit kecelaruan minda

300pm aku info kepada En Jahani cuaca masih ok dan En Jahani membalas info dengan mengatakan dia on the way

430pm seleasai solat asr aku menghidupkan jeep ku ke kebun limau menghabiskan sisa waktu sambil menunggu En Jahani

600pm En Jahani muncul bersama En Jeff dan En Zabri, kami terus berangkat ke lokasi

630pm Ujian Lokasi ke atas burung Layang-layang(walit) diadakan, aku puas! walaupun ada sedikit kekecewaan kerana waktu seolah-olah memburu aku

700pm kami bersolat jamaah di Surau CRR dan seteruskan berbincang panjang, banyak ilmu yang ku dapat dari ruang yang terhad ini

930 pm aku pulang ke rumah dengan harapan dan impian yang begitu tabah, yang dapat kuucapkan syukur pada Mu tuhan menemukan aku dengan mereka.

Terima kasih yang tidak terbayar dengan nilai kepada

En Jahani
En Jeff
En Zabri
P soh
dan
permata hati ku yg memberi aku kekuatan dan sokongan

Kurniaan dari langit

Saat kesepian kusering merenung langit, mencari sekumit ketenangan, adakalanya ketenangan terlalu mahal harganya di saat kegusaran meronta-ronta tanpa kepastian! kebiruan langit,kepulan awan dan Sang Walit berterbangan bagaikan memberi aku suatu inspirasi,mataku mencari-cari nilai sebuah ketenangan, bebas, pasrah tapi terus berusaha.
Kurenung Sang Walit bagaikan suatu anugerah tuhan yang tak ternilai, kenapa sekarang timbul satu kesedaran yang tidak bisa kubendung lagi.... melonjak, meronta inginkan suatu yang harus aku sendiri lakukan. Lalu aku ambil keputusan nekad ! aku ingin berbudi pada mu Sang Walit dengan hati yang begitu tabah. Aku ingin berubah dari belenggu bangsa yang menjuih, mengejek dan mematahkan semangat jituku. Aku yakinkan dan ku bebaskan diriku bagaikan Sang Walit melayang-layang.

Langkah pertama ini terlalu longlai kerana aku keseorangan namun ku percaya tuhanku tidak akan meninggalkan diri ku kesorangan ! tuhanku menemukan aku dengan bloger Jahaniwalit.com . Aku bagaikan diberi nafas untuk meneruskan hidup ini! terima kasih tuhanku kerana memberi ku insparasi walaupun masih belum pasti, akan kujadikan pembakar semangat untuk aku terus melangkah dan melangkah.Akan ku aplikasikan impian ini seteguh bangunan mu !.



catatan 26hb okt 2008

jam 1036 pm

selepas ujian lokasi burung layang-layang (walit)