Ahad, 25 Oktober 2009

Kehidupan

Kehidupan adalah suatu yang unik dan terlalu abstrak untuk diuraikan,dengan kesempurnaan sifat dan dilenturkan dengan sikap menjadikan kehidupan ini terlalu sempurna .Kesempurnaan itu adakalanya menjadikan kita terlupa dan egoistik dalam mentafsir kebenaran hakiki kehidupan.Dianugerahkan perasaan suka duka, sedih sayu, pilu sepi, benci dan cinta adalah pelengkap penyedap rasa dalam kehidupan.Hakikatnya tiada manusia yang sempurna tetapi mencari kesempurnaan hidup sebenarnya telah menjadi diri manusia itu sempurna.
Masih aku ingat ketika kecilku, aku sering bertanya kepada ibu, apakah erti kebebasan? Ibu berkata cium lah hujung jari mu kerana hidup yang bebas adalah hidup bergantung kepada kemampuan diri sendiri untuk survival. Terlalu sukar aku mentafsirnya pada saat itu.

Masa berputar terlalu pantas,ibu dan ayahku telah pergi untuk selama-selamanya, aku meniti kedewasaan hanya belajar dari bekas-bekas sisa peninggalannya.Erti kebebasan yang dimaksudkan oleh ibuku menjadi asas buat aku meniti kehidupan ini menjadi seorang yang tabah.

Ya betul ! kebebasan itu bila hidup tidak terikat dan melakukan sesuatu dengan ujung jari sendiri bukan bermakna tidak diambil peduli. Pergilah ke mana yang hendak pergi, buat lah apa saja yang ingin dibuat tetapi lakukan itu semua atas usaha dan titik peluh sendiri. Kalau itu dapat kita aplikasikan nescaya kita akan bersandar kepuasan !. Kenikmatan dan kemanisan hidup amat terasa pada saat itu, kerana kehidupan ibarat air yang mengalir dan akan terus mengalir........

Rabu, 21 Oktober 2009

Ayam denak oh ayam denak

Pagi ini 21hb okt 2009, macan biasa.... aku siapkan diri ke tempat kerja setelah segala2nya beres aku pecut dengan laju menghala ke tempat kerja ku. Di pejabat aku banyak juga berleter...macan-macan hal nak kena settle tapi hari ni aku rasa tak sedap hati aje, entah kenapa aku rasa nak balik aje, serba salah aku dibuatnya tapi aku gagahi juga hingga habis masa kerja ku walaupun aku terpaksa korbankam mesyuarat petang itu.
Setibanya di rumah, seperti biasa tugas utama aku memberi makan ayam itek angsaku. Alangkah malangnya aku apabila aku terpandang pada reban ayam denak pemberian sahabatku telah hilang dicuri orang. ahhhhhh sedih aku ! ayam tu amat penting bagi mengisi masa lapangku meracip ayam hutan. Hobi aku no 1.
Puas aku meninjau di sekitar kawasan tempat tinggalku kot-kot terdengar suara ayam tu tapi malang nasib hampa , bila aku keliling pagar belakang rumahku ternyata ada kesan kaki yang lompat pagar , sial ! sah ayam aku dicuri org !. Petang itu aku meronda di sekitar tempat tinggal antara rumah jiran-jiranku ternyata harapan aku kosong dan hampa. Malam ini aku tidur dalam kehampaan dan tidak lena. Jam 6 pagi aku sudah terjaga, dalam keadaan rasa tidak puas hati aku meronda sekali lagi dengan motosikalku dan berhenti kat tempat-tempat aku syaki ayam aku dicuri. ternyata masih hampa.
22hb okt. 2009. aku cuti , tubuh rasa penat dan sakit-sakit semacan aje aku pun tak pasti , mungkin kerana tidurku tidak lena dan menghadapi tekanan. Jam 9 pagi aku terus ke klinik. Doktor memeriksa tekanan darahku 70/100 , doktor kata tekanan darah rendah ! aku tergelak, ada ke patut aku stress jadi tekanan darah rendah lak sepatutnya jadi tekanan darah tinggi. Tak per lah dia doktor., dia nasihatkan aku berehat dan cuti dua hari katanya takut aku pitam time kerja......wah best gak tu.
Balik dari klinik aku masih tak puas hati pasal ayam aku tu, terus aku meronda-ronda , aku berhenti di suatu tempat depan rumah jiran yg agak jauh dari rumahku, aku terdengar suara burung tekukur jawa berkokok , entah macan mana kaki aku terus melangkah pergi ke arah rebah itu ! Eh, sebiji burung tekukur jawa aku, setahu aku mana ada orang bela burung tekukur jawa putih kawasan ini kecuali aku. aku jadi was- was. aku ambil motor terus balik ke rumah semula untuk pastikan burung aku dalam reban ada ke tidak, sah memang tak ada ! .
Dengan hati geram aku terus pergi ke rumah tersebut dan dengan mudah aku mengambil kerana tidak ada orang, dan sebagai pembalasan aku ambil ayam denak yang 10x lebih cantik dan lebih sedap suaranya daripada ayam aku, dengan niat sebagai tukar ganti.
Di rumah aku telefon kawan-kawan persatuan pendenak ayam ku, ramai kawan-kawan datang , ada yang kata pencuri tu jadi 'Pak Kaduk', ayamnya lebih baik tapi dicuri ayam aku yang tidak seberapa ! hahahaah. aku menanti penuh kesabaran dengan harapan ada yang datang untuk mengambil ayam itu dan menyerahkan semula ayam aku.
Setelah kawan-kawan pulang nasibku , dua orang budak belasan tahun yang aku kenal datang untuk mengambil ayam denak itu, entah macan mana tiba-tiba aje tanganku bergerak dan penamparku secepat kilat tepat ke arah muka, dia cuba memberi alasan tapi penampar ke dua ku singgah di pipi kanan , dia berundur dan terus melarikan diri tapi aku sempat menghentak penumbukku ke arah kepala dengan suara yang agak garang aku kata " bawak ayam aku sebagai tukar ganti" ke dua budak itu terus melarikan diri. tapi aku rasa masih belum puas, kalau boleh aku nak lanyak biar dia rasa macan mana sakitnya hati aku. Kurang ajar betul budak burma ni, datang merempat di bumi orang tapi membawa tabiat buruk mencuri .Kenapa aku jadi macan tu ? aku dah tak tahan sabar, dah lebih 10 ekor ayam denak aku dicuri, tapi aku buat diam aje...... makin aku diam , makin menjadi-menjadi pulak ! aku takkan bagi ayam tu kecuali dia hantar ayam aku, tapi aku rasa tak mungkin dia hantar sebab ayam tu agaknya dah di sembelih.Kalau pun dia hantar aku tetap akan bertindak lagi, aku dah rancang nak suruh dia masuk dalam reban dan ambil sendiri ayam dia dan saat tu aku nak kunci reban dari luar dan terus telefon polis. kasi ajar sikit sama dia !
Walau bagaimana pun aku berharap dia tak dapat tukar dengan ayam aku dah, biar dia rasa betapa sakitnya hati dia seperti apa yang aku rasa. Dia sekarang dah jadi Pak kadut menang sorak kampung tergadai, ayam dia yang lebih cantik dan lebih merdu suara dah jadi milik aku ! padan dia!
23hb 0kt 2009. pagi seperti biasa , aku masih cuti. Lepas makan nasi lemak aku rehat-rehatkan badan sambil tengok tv tak ada siapa yang nak ajak berbual, al maklumlah time orang kerja. Aku layan aje tv sekali sekala aku ke belakang rumah jenguk angsa aku berbunyi, takut-takut ada ada tamu yang tidak diundang.
Jam 12 tengahari Pok soh datang melawat aku mc kot! ada gak teman aku berbual, lebih kurang 20 minit aku berbual ,aku dapati beberapa buah motorsikal berhenti di hadapan rumah aku. wah! agak-agak aku tak tak kurang 10 atau 12 orang datang , tetamu yang tak diundang nampaknya. Aku berdiri di hadapan pintu dengan tapak yang tegak ." Bak kata orang tua-tua " Bismillah sanga Allah , rahman sanga mara. Rahim sanga bunuh, kalau tak binasa hari sehari malam semalam maka tak binasa lah aku".Aku nak ayam aku semula,aku ni tuan yang budak tu pinjam, aku datang dari kem askar disebabkan ayam aku dah hilang ".Aku menjawab selamba aje, " ayam kau, ayam aku macan mana?" kembalikan ayam aku, aku bagi ayam kau dengan selamat", tegasku dengan suara yang agak kasar." itu aku tak peduli sebab yang yang kau ambil itu ayam aku", katanya dengan nada yang agak keras. oiii aku ambil ayam dalam reban rumah si pencuri ini , mana mungkin burung tekukur aku boleh ada kat situ sedangkan ayam aku tak ada dan dia kata dia tak ambil" tegasku. Pok soh hanya sebagai pemerhati, aku tau Pak soh bukan calang-calang orang diam-diam berisi.Dan saat itu aku nampak ada antara budak-budak yang datang itu sedang sms . Mungkin panggil "big boss" lagi kot. Aku peduli apa, aku berada di pihak yang benar, aku ambil ayam ini hanya sebagai cagaran, sebab ayam aku tu kawan baik aku Jamal yang bagi dengan tujuan supaya aku bela untuk ambil baka yang baik.
Ya, sangkaan aku benar, datang sebuah kereta berwarna merah berhenti depan rumah aku,keluar seorang lelaki yang badan agak tegak tapi dalam kereta masih ada tiga orang ,menghulur tangan dengan hormat dan memperkenalkan diri khairul adik Mat kerja tarik kereta. Nada percakapan agak hormat, aku sms ke abg Din jiran sebelah umah aku, orangnya agak gasang, time tu dia kerja tapi bila dengar kes macan ni terus aje dia balik.Dalam keadaan yang agak kecoh aku tetap mempertahankan "bawa ayam aku balik aku bagi ayam ni , kau orang boleh ambil ayam kau, keputusan aku muktamad.Seterusnya keadaan makin ramai, kawan-kawan aku terus datang .Dalam pertengkaran percakapan itu Khairul bertanya kepada aku ayam tu sebenar ayam siapa, aku jawab ayam tu aku pinjam ayam Jamal dengan tujuan untuk buat baka. "Jamal? soal khairul, Jamal Kemaman,? Ya, aku jawab ringkas. Aku terus call jawab. Tak sangka pulak bila aku bagi handphone aku ke Khairul supaya bercakap dengan Jamal, tiba-tiba khairul dengan nada yang lembut memberi salam , terus cakap ,"minta maaf be", lepas itu Khairul lari agak jauh bercakap dengan Jamal dan tangan mengarahkan anak buahnya pulang.
Selepas sahaja khairul bercakap dengan Jamal, khairul datang semula ke arah aku dan berkata" Be tak payah cakap kat Jamal apa-apalah, saya minta maaf, kalau abe nak ayam tu , abe ambil.Aku macan terpinga-pinga, apa yang diperkatakan oleh Jamal kepadanya. Khairul berlalu dengan hormat dan bersalam , dia juga berkata, kes ni kira settle .Pelik juga aku ! aku bukan nak ayam orang cuma aku nak ayam aku dikembalikan.
Selepas kumpulan itu beredar dengan baiknya , Jamal call aku dan beritahu bahawa Khairul minta maaf dia tak tau kes sebenar, rupa-rupanya khairul anak buah Jamal dipergunakan oleh budak-budak itu dengan harapan aku jadi takut.emmm selamatlah aku kalau tak mungkin kena sebiji dua penumpuk kot ! kena ke? takkan semudah itu!. Kes ayam ni belum selesai, aku tak serahnya ayam itu sebelum ayam aku diserah kembali dengan keadaan selamat. Hingga saat ini jam 1230malam masih tidak ada lagi yang datang serah ayam aku,aku rasa ayam aku itu telah dijual atau mungkin disembelih.
Apapun terjadi aku tetap mempertahankan maruah aku, aku rasa terhina, selama ini sudah lebih 10 ekor ayam denak aku dicuri, Abg Din jiran sebelah umah aku 6 ekor tapi aku dan Abg Din hanya menyebut "MassyaAllah". Pernah aku pergi ambil dua ekor ayam aku yang dicuri oleh budak tu dalam reban dia, tapi aku tak kecoh, sentuh dia pun tidak ! kali ini tidak lagi, aku dah tak tahan sabar, seolah-olah aku tak ada maruah, jantan tak berbatu ! itu lah pasal aku nekad kali ini, apa nak jadi, jadi lah aku wajib mempertahankan maruah aku, aku tak pernah mengkhainati harta benda orang. Jamal oh Jamal nasib baik ayam kau yang bagi... hahahaha.
Jam 10 malam tadi Jamal telefon aku kebetulan time tu aku sedang makan roti canai kat kedai dengan kawan-kawan aku. Jamal beritahu ketua puak-puak Khairul minta maaf jangan dipanjangkan.Aku ok aje, aku tak nak cari gaduh, tapi maruah tetap dipertahankan ! kesabaran ada batasannya....... Jamal juga cakap," esok kita gi denak ayam '. Ayam denak oh ayam denak !