Selasa, 11 November 2008

Tahniah Untuk Orang Yang Berjasa

Terima kasih kepada insan-insan yang telah merintis jalan pertama ke arah perkembangan industri walit . Dengan menempuh jalan yang sukar, rintangan dan cabaran pada peringkat awalnya kini membuka jalan dan ruang yang mudah untuk orang yang terkemudian seperti aku menimba Ilmu dan membuat rujukan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada En Jahani (Boss) ,En Zabri dan En Jeff yang bertungkus lumus mencari ilmu, makluma,membuat pemantauan dan tunjuk ajar bagi mengemaskini pengalaman demi merintis jalan kejayaan bukan saja untuk diri sendiri bahkan untuk meningkatkan martabat anak bangsa. Tahniah.

Aku kini amat selesa dengan maklumat yang telah dikumpul oleh mereka. Dengan mudah dan percuma kuperolehi. Terfikir juga aku betapa sukarnya mereka untuk mendapat maklumat pertama dulu, kemudian kumpul semua bahan untuk dijadikan ilmu sebagai panduan kejayaan diri dan anak bangsa.

Kalau ada seribu anak bangsaku yang segigih mereka, membuat kajian, pemantauan,pengumpulan maklumat dan memberi tunjuk ajar pastinya bukan sahaja pokok gaharu dan sarang walit yang boleh dikomersialkan bahkan bumi Malaysia yang subur ini terlalu banyak boleh dikomersialkan .Kalau dikira kos bayaran dengan ilmu dan pengalaman yang mereka kumpul bagiku amat tidak berbaloi.Namun objektifnya jelas mengubah nasib anak bangsa dan meningkatkan ekonomi Ummah. Mudah-mudahan usaha gigih dalam ruang hidup yang singkat ini bukan sahaja bermanfaat di alam fana bahkan juga sebagai eset jihad dihadapan Allah swt nanti. Amin



catatan 11hb Nov 2008

Sabtu, 8 November 2008

saat-saat kunanti

Hari ini 8hb Nov 2008 aku telah menyelesaikan langkah pertamaku, kalau rezeki menyebelahi aku InsyaAllah 8 hb Nov 2015 aku boleh tersenyum riang, bak kata orang bersandarkan beranda sambil menyedut secawan teh! teh yang dibuat dari campuran daun gaharu dengan sarang walit.....ahhhh berangan ke aku ni? tak lah ! Dinamakan angan-angan bila hanya duduk goyang kaki tanpa usaha, aku bukan macan tu, aku jenis yang ligat berfikir dan berusaha.... aku rancang yang terbaik untuk masa depan aku.
Penat tak yah tanyalah, memang penat betul, kalau makan gaji pasti aku tak buat kerja seperti yang aku kerja hari ini, kaku seluruh anggota badanku, tapi aku bersyukur kerana diberi kekuatan sebegini. Aku bukan seorang insan yang mudah menyerah kalah pada takdir. Aku ingin berusaha dan terus berusaha kalau pun aku tetap gagal, aku boleh berpuas hati , itu baru namanya takdir.

Ingat! kejayaan tak semudah ungkapan perlu ada cabaran dan cabaran itu lah yang memberi nikmat kemanisan hidup,jangan jadikan kegagalan itu sebagai penghalang, bagiku kegagalan itu menjadikan diriku lebih matang untuk menghadapi hidup ini .Selagi ada usaha, selagi itu ada kejayaan.Dalam hidup aku tak pernah kenal putus asa ! kentalnya aku.Aku didik kalau hari ini kita tak ada wang mungkin esok kita ada banyak wang, yang perlu hanya kesabaran.Sabar itu menyebabkan aku mengatur langkah dengan lebih berhati-hati.

Aku lak jenis keras kepala, kalau aku ingin lakukan sesuatu aku tetap lakukan dengan sebaik mungkin, aku tak ambil peduli apa orang nak kata sebab aku lakukan bukan untuk menempah kegagalan ! aku dah berusaha sebaik mungkin! Kalaupun aku gagal aku masih boleh berpuashati kerana aku telah lakukan yang terbaik.

Ingat tarikhnya 8hb Nov 2015


catatan 8hb Nov 2008

Isnin, 3 November 2008

Itu lah aku

“Hello, apa khabar har ?”. “sapa ni ” jawab aku spontan. “ aku lah Pie !” Lahhhhh bila lak ko tukar no baru ” . tu lah pasal aku call ko , nak bagi tau no baru aku ”…..ermmm aku khabar baik aje, ko bagaimana Ee” . Aku guna nama manja waktu zaman persekolahan dulu. Nama sebenarnya Shafie ,kawan aku sejak di bangku sekolah sampailah hari ini. Hebat persahabatan yg tulus ikhlas macan ni.
“Aku baik aje har”,jawabnya “Phd kau ok ke?” Tanya aku ringkas dalam ruang yang terhad ini. “ Entah lah har, penat kepala aku ni dibeban macan-macan tugas” tegasnya.
“sabar lah Ee, aku bangga punya kawan yang macan kau…. Orang yang educate”. Kataku ikhlas. Eleh kau har apa kurang”.” Aku ni Ee mati dengan degree aje lah” balasku.” Tak perlah har sekurang-kurangnya kau dah ada kehidupan yang baik.” Ermmm setakat ni “Alhamdulillah lah Ee”, balasku.” Har apa kau sedang usahakan sekarang?”tanyanya. “Emmmm aku sedang usahakan ternakan emas putih dari langit dan tanam emas hitam”jawabku selamba. “hahahahahahaahah, kau biar betul har, aku tanya ikhlas ni , kau main-main lak !.katanya. “ eh aku jawab betul Ee”!
Itu lah antara dialog aku dengan sahabat baikku yang kini sedang menyiapkan Phdnya di UKM. Universiti aku dulu tu ,ada kemungkinan nanti dapat pangkat Jusa atau gelaran Dato nanti manakala aku terperuk kat kampung meneruskan rutin hidup.Memang aku jawab betul tadi , tapi dia Cuma tak faham !
Ternakan emas putih dari langit ialah sarang burung layang-layang ( walit) .Apa ke tidaknya aku sedang berusaha menyiapkan rumah burungku yang berharga RM 195.000 dengan keluasan 25’x 40’ dengan kos RM 65 per /kaki kali lak dengan tiga tingkat apa ke tidaknya jadi RM195.000. Pening aku nak cari duit sebanyak tu, guna aje apa ruang yang ada tapi taklah dengan jalan pintas main toto atau ekor. Aku nak buat projek yang halal yang akan diwaris dan dikembangkan oleh anak cucuku. Kalau sesiapa yang tak faham sure kata aku sedang melakukan kerja bodoh. Itu hak dia orang nak kata apa saja, kalau ikut orang semua tak kena, sama lah macan cerita LoqmanulHakim dengan anaknya ketika ke pasar untuk menjual keldai. Anak naik salah, bapak naik salah naik dua-duapun salah. Akhir sekali pikul keldai tapi malang bila sampai kat pasar orang tak nak beli sebab ingatkan keldai sakit. Jadi aku ambil keputusan pedulikan apa yang orang kata yang penting aku buat untuk menerpa kejayaan.aku bukan berusaha kearah kegagalan Aku dah buat kajian yang menyeluruh , aku dah jumpa pakar-pakar dalam bidang ni dan aku pun dah melawat macan-mcan rumah burung layang-layang.Aku berguru secara tidak langsung dengan En Jahani. Aku memang respect dengan dia. Apa tidak seorang Pegawai Tadbir bertungkus lumus membantu anak bangsa untuk mengubah persepsi melayu bangsa yang mundur dan miskin. Kalau nak kata tak cukup duit , dia dah mewah, wife dia pun kerja, tetapi atas semangat ingin membuat perubahan dia aktif memberi nasihat dan memceburi bidang emas putih dari langit dan tanaman emas hitam di bumi. Hebatkan. Harga satu kilo sarang burung layang-layang RM5000 , cuba bayangkan sebesar rumah burung aku tu boleh menghasilkan 30kg sekali pungut . tak ke RM150.000? lepas tu cuba lak darab dengan 4 , sebab paling kurangpun 4 kali setahun orang pungut ! maka keluarr lah jumlah RM 600.000 setahun. Gaji aku setahun baru RM48.000 Wahhh hebat! . Itu anggaran paling minima , tauke cina kat Bandar tu buat satu tingkat aje atas bumbung rumahnya boleh pungut 30kg sebulan. Entah berapa dia dapat setahun pun aku malas nak fikir. Kot-kot aku jadi haru jual semua tanah-tanah dan harta benda aku untuk nak melabur dalam bidang ni hahahhah. Rumah burung aku buat ni pun bagi aje kat consultant dengan perjanjian siap sampai burung bersarang baru dia lepas tangan. Senang gitu sebab aku tak ada pengalaman Cuma ada semangat. Macan dua hari lepas aku melawat rumah burung kat kg Lubuk Batu yang member aku upah tukang buat , pada pemerhatian aku yang kurang ilmu ni pun banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi tak per arr dia banyak duit kalau burung tak masuk boleh ubah dan terus ubah tapi aku ni modal hanya setikam orang kata, nak buat biar lah terus berhasil. Itu bab rumah burung!
Manakala tanaman emas hitam tu ramai gak yang benggang bila aku jawab macan tu. Itu lah kalau cetek pengetahuan kena banyak membaca tak pun bertanya tanpa membantah. Ini orang cerita aje , kita mula membantah sedangkan kita tak ada maklumat.Emas hitam yang ditanam tu maksud aku pokok gaharu(karas) yang duk kecoh kat kelantan disebut depu. Tok guru Nik Aziz sendiri pun istihar Kelantan wilayah depu. Cuba fikir guna otak yang tenang. Tok guru tu orang alim bukan sebarang orang yang macan kita ni. Tak yah lah nak persoalan pasal parti politik, kan tadi dah cakap guna otak yang tenang.! Kalau tok guru nak umum kat semua rakyat paling kurang pun dia dah buat sembahyang istiqarah, kita orang Islam walaupun sejahil mana kena gak biar ada tali pegang, orang putih kata ada role, kena percaya , berusaha dan berserah apa yang di usahakan itu kepada Allah swt. Yang penting usaha lepas tu doa dan akhir sekali bertawakal baru lah usaha berkat , hasil berkat dan hidup diberkati….! Kan elok tu. Bab pokok gaharu ni satu ekar boleh menghasilkan RM1000000. wahhh banyak tu bukan aku yang buat kajian tapi Syarikat Nuklear Malaysia kalau tak caya baca aje kat http://www.jahaniwalit.com/karas-ghaharu/. Aku ni apalah sangat. Tapi aku yakin sebab aku dah tau kalau tak, takkan sampai orang kelantan berlumba-lumba tanam. Ada macan-macan andaian tapi aku buat pekakkan telinga aje, sebab aku setuju sangat dengan saranan En Jahani , kalau tak menjadi pun selepas 6 tahun tebang aje jual kayu pool paling kurang rm5/6 ratus gak satu tan. Sekarang aku dah mula tanam . tadi member yang aku upah buat barisan pokok cakap tanah aku tu muat untuk 5 ribu pokok , aku suruh dia buat jarak yang agak jauh 8’ x 8’ saja nak surh nampak berbaris cantik, manalah tau kalau cantik nanti , Shah Rukh Khan nak sewa buat penggambaran filem hindi hahahaha.ganas idea!
Kalau takdir menyebelahi aku dan dua-dua projek aku ni berjaya tak ke nanti aku pencen penuh bergaya….. gitu lah harapan. Igit idup agit ngaban kata pahlawan Rentap



Oklah ni masih belum edit, kalau ada yang silap2 eja tu buat2 aje lah faham

Ahad, 2 November 2008

Rasa Kesorangan

Rasa keseorangan adalah suatu situasi yang dialami oleh setiap individu tidak kira peringkat kanak-kanak hinggalah kepada orang tua. Keadaan ini boleh dikatakan lumrah kehidupan dalam proses menjadikan diri lebih bersedia dengan apa jua perubahan.Walau bagaimanapun jika tidak ditangani dengan berhati-hati akan memberi kesan negetif kepada induvidu yang mengalami situasi begini. Kajian sainstifik sukar untuk menentukan secara pasti punca-punca seseorang itu mengalaminya kerana setiap orang mempunyai daya ketahanan mental yang berbeza.
Apakah punca-punca berlakunya situasi begini?
Di perturunkan di sini 10 kemungkinan-kemungkinan situasi ini berlaku kepada diri anda yang menyebabkan diri rasa keseorangan : -
1. Sesuatu hajat atau kemahuan tidak dapat dipenuhi dalam jangka masa yang dikehendaki
2. Kecewa dengan tindakan kawan , kekasih atau seseorang yang kita sayangi
3. Persekitaran memainkan peranan pendorong mudah mengalami situasi ini contohnya bila cuaca mendung akan menyebabkan kita rasa rimas dan tidak ceria .Bila keadaan ini berlaku kita akan mudah terasa dengan kata-kata kawan kita walaupun hakikatnya kita selalu bergurau dengannya.
4.Dihalang daripada melakukan sesuatu yang pada andaian kita ianya berbaloi untuk dilaksanakan
5. Ada sesuatu dalam hati kita yang tidak dapat kita luahkan pada semua orang.
6. Otak yang penat apabila terlalu banyak idea yang perlu dikeluarkan
7. Bebanan tugas yang banyak tetapi harus dipikul keseorangan
8.Keputusan yang bercelaru
9.Meletakkan kepercayaan atau mengantungkan diri bersandarkan kepada orang lain dalam melakukan sesuatu.
10.Sifat merasa setiap apa yang dilakukan adalah betul
Bagaimanakah cara menanganinya bila anda terkena salah satu keadaan di atas ?

Ada pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengatasi Rasa Keseorangan ini, antaranya :

1. Tinggalkan tugasan anda sementara dan ambil masa untuk keluar melihat persekitaran dengan menyedut udara segar dan kalau boleh melakukan gerak badan atau senaman ringkas
2. Jumpa kawan-kawan anda belanja dia orang minum sambil bersembang atau berbual ringan
3. Mandi kerana tubuh yang sejuk dan segar akan membantu otak anda segar


lain2 cara leh tambah kemudian