Sabtu, 28 Februari 2009

Homestay


Homestay aku di Kemaman akan beroperasi selewat bulan april 2009 nanti ( gambar tu 3 bulan lepas aku ambil)walaupun target asal pada march 2009 tetapi disebabkan masalah teknikal terpaksa dilewatkan sebulan. Dengan keluasan 3 bilik (satu drpnya master room) siap dengan econ , dapur dan ruang tamu yang besar, ruang rehat dan dua bilik air dengan air panas, bersiling kapur ukiran dan bertile , aku telah siapkan dua buah dengan kos Rm250.000.Jaraknya cuma 6km(hanya5minit) dari bandar Kemaman. Sekarang kerja2 pembersihan dan menghias persekitaran untuk menceriakan pelanggan sedang giat dijalankan. Sasaran untuk tempahan pengantin bulan march tidak dapat dipenuhi kerana masalah teknikal belum dapat diselesaikan.Setakat ini harga promosi rm 150 untuk satu malam. Aku rasa amat berbaloi dengan prasarana yang disediakan .InsyaAllah akan mendapat sambutan kerana kalau berada di dalam rumah sekarang rasa seperti berada dalam hotel 5 bintang dan harga yg aku tawaran amat murah pulak kurasakan.