Rabu, 2 Disember 2009

Jemari Emasku Menari Lagi

Jemari emasku menari lagi mungkin tentang kehidupan yang terlalu indah lalu kupersembahkan di arena pentas dunia sebalik tabir senyuman ini atau mungkin tentang cinta dimamah usia ini. Lalu kukumpul secubis kenangan mesra yang terlalu singkat, kupintal menjadi ikatan untuk kujalinkan sebuah persahabatan dengan rasa cinta padu untuk kubentangkan padamu yang mengerti.
Dalam keheningan dan kedinginan siraman mutiara langit ini, aku merindui padamu..........rindu yang sukar untuk kuterjemahkan kerana hanya dunia kita yang memahami hakikat kerinduan ini. Aku digoda dan tergoda,Aku jatuh cinta ,ya aku jatuh !cinta yang bagaimana ya?.... cinta anak kepada ayahnya? cinta abang kepada adiknya atau mungkin cinta hati yang setulusnya untukmu wahai Sang Putera di Pintu Mahligai hatiku yang jauh di mata.
Guruku pernah menyindirku di saat mata kulayu ketika belajar, " Har cinta itu terlalu indah dan sukar untuk dilukis pada kertas namun warna-warnanya pasti akan menyerikan hidupmu andainya tetap pilihanmu kerana kita dilahirkan atas rasa cinta kedua orang tua kita, ingin saya berpesan padamu, bahawa cinta itu diibaratkan semangkuk air yang penuh,walau kepada siapapun engkau beri namun air itu tidak pernah berkurang kerana cinta itu tetap berbeza antara satu insan kepada satu insan"'.Mataku hanya terkebil-kebil ketika sindiran tajam guru itu, mungkin dia hanya perasan yang aku sedang jatuh cinta dikala itu aku tidak pusing jauh sekali untuk menterjamahkan cinta dalam kehidupan.Kerana aku adalah kasanova dunia cinta ketika itu.Bagiku pelajar-pelajar perempuan ramai yang menagih cinta dariku dan kuanggapkan perkara mudah! semudah membilang 123..............
Tapi kini cintaku lain dan sukar kujelaskan kerana tabir yang suram gelap itu menjadikan diriku kaku berkata-kata tentang cinta kita! aku terpegun dan aku mengerti pesanan guruku, ya aku mengerti cinta itu tidak sama dan tidak pernah pudar selagi ada hembusan nafas di jasad ini.
Aku tidak pernah menyesal kalaupun aku jatuh cinta lagi kerana hidup yang indah ini akan lebih berseri bersama cintamu kerana aku telah disuratkan pandai menghargai cintadan kukini kuharap warna-warna cintamu akan menyerikan hidup kita.Terima kasih untukmu yang jatuh cinta menyintaiku dan aku ingin menyintaimu di atas sejadah kejujuran dan keikhlasan hati ini..........

Tiada ulasan: