Khamis, 17 Disember 2009

Abang Putih

Abang putih, masih aku ingat kucing peninggalan arwah putera kesayanganku dan kujaga dia hingga saat ini.Walaupun kini usia berada di penghujung kehidupan. Bagi aku Abang putih adalah anugerah tuhan untuk jadi kenangan. Aku anggapkan dia adalah putera raja yang telah terkena sumpahan menjadi seekor kucing yang singgah berteduh di teratakku.Abang Putih ditemui depan pintu ketika arwah puteraku bergegas keluar rumah untuk ke sekolah suatu pagi yang hening, masih kecik tapi cukup cantik bulu tebal dan ekornya kembang. Aku melarang anakku menyentuhnya kerana aku bimbang kucing orang terjatuh, mustahil kucing secantiknya orang buang. Aku menyuruh anakku mengurungnya dalam sangkar dan letak di hadapan tangga dengan harapan tuan punya akan melihat.Sewaktu pulang tengahari , Abang putih masih terkurung dalam sangkal dengan mata birunya terkebil-kebil seolah-olah meraih simpati , arwah puteraku sudah tak sabar lagi untuk bermain dengannya, lalu aku mengarahkan AbangPutih dimandikan dulu , dicuci supaya tidak ada kuman, entah dia datang dari manapun tak pasti.............. waktu itu dia agak kecil beratnya lebih kurang 400 gram...... Abang Putih menjadi pujaan puteraku, dibela dan dibelai dengan penuh kasihsayang. Dan Abang Putih seolah-olah mengerti segala kehendak tuannya.Masih aku ingat pada suatu hari Abang Putih hilang dan tak dapat dikesan,jenuh dicari keliling rumah hingga putera ku sanggup menjenguk dari rumah jiran satu persatu tanpa hampa. Aku pasrah dengan memujuknya,Kalau masih ada rezeki kita pasti dia akan balik, aku lihat wajahnya amat sugul tapi apakan daya.... bila senja mula berlabuh ketika aku kunci kereta dan jeepku.... ternyata Abang Putih masih nyenyak terlena dalam Jeep. tergelak besar aku dan terus memanggil anak-anakku melihatnya.... Abang Putih dengan selamba keluar dari jeepku sambil mengeliatkan badan !Bagiku Abang Putih adalah suatu anugerah tuhan yang amat berharga ! kalau time bercuti atau balik kampung nenek, Abang Putih selalu kubawa dan biarkan saja tidur dibelakang keretadan di sepanjang perjalanan Abang Putih akan tidur tanpa banyak kerenah dan apabila sampai ke destinasi Abang Putih jadi pening-pening lalat dan tidur pulak sepanjang hari. Itu lah tabiatnya kalau bawa berjalananMasa berlalu dengan pantas, tuan kesayangannya telah dipanggil Ilahi dengan suatu tragis yang memilukan dalam hidupku tapi Abang Putih masih tetap di sini seolah-olah mengerti kehilangan orang yang amat menyayanginya. Setiap senja akan menanti tuannya dia atas pagar rumah hingga selepas magrib, penantiannya hanya tinggal penantian, tuannya takkan akan kembali lagi untuk selama-lamanya.Setiapkali Abang Putih berinteraksi dengan isteriku,setiapkali pula ada titis-titisan air dikelompok mata.Aku sendiripun adakala begitu sayu bila melihat Abang Putih. Paparan raut mukanya menyimpan kenangan yang tak dapat dilupakan dalam hidupku.Aku sendiri amat menyayanginyaKini sudah empat tahun masa berlalu dan kurasa Abang Putih sudah tua dan akan meninggalkan kami untuk selama-selamanya.Ditambah sikapnya yang suka bercakaran dengan kucing lain. Aku sering terbayang betapa sedihnya aku jika berlaku kehilangan lagi.Abang Putih adalah suatu yang berharga dalam kenangan hidup, walaupun sekarang dia tidak sehensem dan semacho dulu tapi aku tetap sayang kepadanya melebihi kucing-kucing parsi mahal yang kubeli.

Tiada ulasan: