Isnin, 21 September 2009

Ramadhan ku

1. Ramadan sepatutnya disambut oleh umat Islam dengan perasaan gembira kerana ia membawa 1001 keberkatan dan fadilat yang tidak terdapat pada bulan lain, tetapi kita menerima kedatangannya seperti menerima kehadiran tamu yang tidak diundang kerana terbayang berbagai kesukaran yang bakal kamu tempuhi untuk memenuhi nafsu kamu
2. kita menyambut Ramadan kononnya, tapi fokus utama kamu ialah hari raya.
3. kita tahu Ramadan bulan penuh keberkatan, tapi terlalu jarang yang sudi merebutnya kerana tidak terasa terpanggil untuk mendapatkannya.
4. Ramadan mendidik seseorang supaya bersimpati terhadap golongan miskin. Tapi kita langsung tidak mempedulikan kesusahan mereka. Malah kita melihat mereka seperti sampah di tepi jalan.
5. kita berpuasa sehari suntuk tanpa meyentuh makanan. Tapi semasa berbuka kita menyendatkan perut kita yang kosong itu dengan anika jenis makanan dan minuman yang jarang kita hidangkan pada bulan-bulan lain. Ibadat puasa bertukar menjadi pesta mengisi perut untuk memenuhi nafsu makan kamu yang haloba.
6. Mengimarahkan masjid dengan pengisian solat terawih dan lain-lain ibadat sunat adalah besar fadilatnya, tapi kita menghabiskan waktu di pasar Ramadan dan gedung membeli belah sehingga larut malam.
7. Sejak awal pagi kita sibuk dengan aktiviti perniagaan dan ianya berterusan hingga ke malam tanpa sempat mengisi dengan aktiviti ibadat. Akhirnya tanpa disedari, Ramadan sampai di penghujung sedangkan kita masih tamak mengejar keuntungan perniagaan yang hanya dapat diraih dalam bulan Ramadan sahaja.
8. Ramadan mendidik jiwa supaya tidak boros dan membazir, tetapi kita berbelanja berlipat kali ganda berbanding dengan bulan-bulan lain, bermula dari perbelanjaan untuk menyedia makanan yang lazat sewaktu berbuka dan bersahur hinggalah kepada persiapan untuk menyambut hari raya.
9. Tujuan syarak mewajibkan berpuasa adalah supaya kita berkungsi pengalaman perit tanpa makan dengan mereka yang hidup melarat akibat kemiskinan atau ditimpa bencana, tapi perasaan tersebut langsung tidak meresap ke dalam jiwa kita. Sebaliknya sikap tamak dan bakhil kita terus menebal sehingga menganggap mereka yang datang meminta sedikit pertolongan dan sumbangan kepada kita, sebagai menyusahkan kita. Jika pun kita menghulur sumbangan, pemberian kita adalah dengan berat hati dan menunjukkan muka yang masam tanda tidak ihklas.
10. Kita mengadakan majlis berbuka puasa di rumah atau di hotel lima bintang dengan juadah yang mewah dan mahal. Tamu undangan kita terdiri dari rakan bertaraf orang kenamaan dan kaya, sedang jiran kita yang daif dan miskin tidak termasuk dalam senarai undangan. Kita sebenarnya melakukan ibadat tersebut dalam keadaan riya’.
11. Kita mengunjungi masjid untuk menunaikan solat terawih berjamaah sebagai menunaikan kegiatan qiyamullail di bulan Ramadan, namun dalam hati sering merungut bacaan imam yang panjang kerana tidak mahu menghabiskan masa yang panjang di masjid rumah Allah.
12. Ramadan melatih kita supaya bersabar, tetapi semasa memandu, tindak tanduk kita ternyata hilang sabar. Tangan kita menekan horn memanjang tanda marah apabila kenderaan lain mengganggu kelancaran kenderaan kita sambil mulut menyumpah-nyumpah.

Tiada ulasan: